Menjadi seorang hero untuk melindungi dunia adalah satu tanggungjawab yang besar. Seseorang itu haruslah benar-benar layak dan berhak untuk menjadi hero dunia. Itulah dugaan dan cabaran harus dilakukan oleh hero-hero muda dalam siri TV Jupiter’s Legacy, apabila mereka perlu menjadi hero pengganti kepada ibu bapa dan orang tua lain yang sudah lama berkhidmat.

Siri TV ini diadaptasi daripada komik karya Mark Millar, dan disiarkan di Netflix sejak 7 Mei lalu. Kini Mark Millar mengumumkan melalui Twitter yang Jupiter’s Legacy tamat dengan musim pertama dan terpaksa melepaskan semua pelakon siri TV ini bagi memulakan projek baharu pula. Projek baharu adalah siri sampingan aksi nyata Supercrooks yang memfokuskan watak penjahat yang berlaku dalam dunia yang sama dengan Jupiter’s Legacy.

Mereka menjanjikan yang kelak Jupiter’s Legacy mungkin akan kembali semula. Tetapi buat masa ini, fokus mereka adalah untuk siri anime Supercrooks yang akan tiba hujung tahun ini dan siri TV aksi-nyata. Mark menyatakan belioau berminat dengan filem-filem klasik jenayah, dan ingin terokai dunia Jupiter’s Legacy daripada perspektif penjahat yang ada pelbagai cabaran di mana hero-hero dunia ingin hentikan mereka.

Siri TV Jupiter’s Legacy tidak menerima sambutan hangat kerana populariti siri animasi adiwira Invinsible di Prime Video. Kemudian ramai yang kembali dan baru mula menonton The Boys di Prime Video, mendapati siri ini lebih baik daripada tawaran Netflix. Pengkritik pun memberi skor 38% sahaja untuk Jupiter’s Legacy. Jadi tidak terkejut untuk lihat mereka alihkan fokus ke bahagian lain.

Sohor Kini