Escape Room adalah filem seram/ngeri bilik teka-ria yang membawa maut. Filem ini ditayangkan pada tahun 2019 dengan pengakhiran tergantung. Peminat filem seram dengan konsep begini sememangnya menantikan ketibaan sekuel. Kini selepas dua tahun menanti, Sony Pictures Entertainment selaku pengedar filem daripada Columbia Pictures – hadir dengan video acah pertama.

Filem ini diberi judul Escape Room: Tournament of Champions. Sinopsis asas filem ini tertera dengan jelas pada judul, di mana setiap juara Escape Room yang lepas disatukan dan perlu membebaskan diri. Mereka perlu bekerjasama dan tempuhi trauma masing-masing, kerana setiap teka-ria maut ini pernah mereka lalui.

Tidak dinafikan yang konsep filem ini adalah konsep yang klasik dan klise. Akan ada banyak adegan ngeri berdarah, organ sana dan sini serta watak lain yang menganiaya sepasukan. Tetapi dengan iterasi Sony, visual adalah lebih realistik dan penyampaian cerita lebih moden.

Berdasarkan video acah, ini adalah filem yang patut kita nantikan melalui platform penstriman. Kerana pasti tayangan di Malaysia akan banyak potong. Filem ini akan ditayangkan pada 16 Julai, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini