HBO Go Asia adalah antara platform penstriman yang sedang bersaing di pasaran. HBO Go Asia merupakan iterasi tempatan HBO Max (Amerika Syarikat dan negara terpilih) yang digabungkan dengan Astro atau boleh langgan pada harga RM sebulan. Platform ini boleh dikatakan seakan Disney+ Hotstar yang akan tiba 1 Jun kelak, di mana Disney+ sebenar terhad di luar negara sahaja.

Kandungan juga tidak seberapa, tetapi ia ada. Bagi pelanggan Astro yang ada melanggan pek filem, langganan HBO GO Asia disertakan sekali. Jadi jika anda adalah peminat siri Arrowverse, lebih spesifik The Flash dan tidak melanggan Netflix – anda boleh strim musim pertama sehingga keenam di HBO Go Asia bermula 1 Jun ini. Siri TV ini kini sedang berada di musim ketujuh yang masih disiarkan di The CW di Amerika Syarikat.

Siri TV The Flash mengisahkan Barry Allen yang bekerja sebagai CSI dan juga bertanggungjawab sebagai hero terpantas dunia. Bersama rakan di S.T.A.R. Labs, mereka menentang musuh termasuk diri beliau dari masa silam dan masa depan.

Jika anda peminat watak-watak Superman, siri TV Krypton untuk musim pertama dan kedua turut akan disiarkan pada tarikh yang sama. Siri TV ini adalah kisah asal-usul atuk Superman, sejarah planet Krypton, politik angkasa dan yang seangkatan dengannya.

Sohor Kini