Dave Bautista adalah pelakon bagi watak Draxx dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Watak beliau memainkan peranan penting dalam filem Guardians of the Galaxy, di mana mempunyai perwatakan yang gerun, lucu dan serius sambil itu dungu.

Tetapi filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 mungkin adalah penamat bagi Dave Bautista berlakon sebagai adiwira dalam satu dunia filem yang besar. Menurut beliau, jika James Gunn tiada, beliau turut tidak ingin meneruskan memainkan watak ini.

James Gunn telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini, di mana selepas GotG Vol. 3, beliau akan berehat dan berhenti membangunkan filem dan akan fokus kepada siri TV. Beliau akan fokus kepada HBO Max pula bagi menjayakan dunia The Suicide Squad melalui siri TV Peacemaker.

Sebelum meneruskan GotG Vol. 3, James telah dipecat oleh Disney kerana ciapan lama di Twitter yang diungkit semula. Sejak itu, para pelakon dan peminat mengugut Disney jika filem ini bukan diarahkan oleh James Gunn – tiada siapa akan tonton. Selepas kejayaan filem seram hero Brightburn, beliau kembali sebagai pengarah. Mungkin untuk elak isu yang sama buatkan beliau berpaling tadah kepada Disney dan pergi ke Warner.

Sohor Kini