Jika anda membesar dengan menonton filem-filem pengembaraan di era 80an dan 90an, anda pastinya mengenali siri filem Indiana Jones yang dibintangi Harrison Ford. Beliau memainkan watak Indiana Jones, seorang ahli arkeologi dan pengembara yang mencari harta karun dan juga peradaban purba didalam filem tersebut.

Paramount, pemilik IP siri Indiana Jones mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini kualiti siri filem tersebut, yang termasuklah Raiders of The Lost Ark (1981), Indiana Jones and The Temple of Doom (1984), Indiana Jones and The Last Crusade (1989) dan Indiana Jones and The Island of The Crystal Skull (2008) bersempena ulang-tahun ke-40 siri filem tersebut.

Filem-filem ini akan dinaiktarafkan ke resolusi 4K dan hadir dengan sokongan untuk Dolby Vision dan juga HDR10 untuk pengalaman tontonan terbaik. Bukan itu sahaja, kualiti audio filem-filem ini juga akan menerima kemaskini Dolby Atmos yang memastikan setiap detik mendebarkan membuatkan ia kedengaran seperti anda berada di lokasi-lokasi eksotik didalam filem tersebut juga.

Paramount telah mengeluarkan sebuah video treler untuk menunjukkan penambahbaikan yang dapat dilihat pada versi baru Indiana Jones ini.

Siri filem Indiana Jones ini akan dijual dalam satu set kotak khas yang mengandungi keempat-empat filem pada 8 Jun kelak.

Sohor Kini