Beberapa bulan lalu, Capcom telah mengatakan mereka bekerjasama dengan Netflix untuk membangunkan sebuah siri animasi berdasarkan permainan seram Resident Evil yang dinamakan Resident Evil: Infinite Darkness.

Siri animasi ini memperlihatkan dua watak protagonis dari siri permainan tersebut, iaitu Leon S. Kennedy dan juga Claire Redfield, dan bagaimana mereka bertemu pada mulanya.

Netflix hari ini telah mengeluarkan sebuah video acah yang lebih panjang yang memperlihatkan sedikit plot mengenai siri animasi ini, dan watak-watak utama, sampingan dan antagonis yang akan tiba didalam penceritaan.

Menurut Netflix, Resident Evil: Infinite Darkness akan disiarkan di Netflix pada 8 Julai kelak.

Leave a Reply