Enola Holmes adalah antara kandungan berasaskan Sherlock Holmes daripada Netflix. Ia memfokuskan kepada adik perempuan Sherlock Holmes sebagai watak utama. Dalam filem ini, Enola dilakonkan oleh pelakon Eleven dalam Stranger Things – Millie Bobby Brown.

https://twitter.com/NetflixGeeked/status/1392872269764972544?s=20

Filem pertama fokus kepada Enola mencari ibu beliau yang hilang. Ia adalah antara adaptasi Sherlock Holmes yang menarik. Terkini, Netflix telah mengumumkan sekuel bagi filem ini melalui satu ciapan judul sekuel – Enola Holmes 2. Pelakon sudah pasti akan kekal sama, iaitu Millie. Tetapi watak Sherlock dan Mycroft lakonan Henry Cavill dan Sam Claffin masih tidak pasti lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut seperti sinopsis dan tarikh siaran.

Leave a Reply