Bakat Elizabeth Olsen semakin menyerlah selepas menyertai filem MCU. Beliau mula diminati ramai selepas membintangi watak yang sama dalam filem MCU, Wanda Maximoff untuk siri TV WandaVision.

Meneruskan bakat lakonan beliau, beliau telah dipilih sebagai pelakon utama untuk siri TV Love and Death. Beliau akan memainkan watak Candy Montgomery, yang dituduh membunuh jiran dan rakan Betty Gore dengan kapak. Siri TV ini akan disiarkan di HBO Max dan adalah satu siri pembunuhan yang ganas dan ngeri.

Siri TV ini diadaptasi daripada buku yang ditulis oleh John Bloom dan Jim Atkinson, Evidence of Love: A True Story of Passion and Death in the Suburbs dan juga cerpen Love & Death in Silicon Prairie di Texas Monthly oleh penulis yang sama. Siri TV ini akan diarahkan oleh Lesli Linka Glatter (Homeland), ditulis oleh David E. Kelly (Undoing) dan Nicole Kidman akan menjadi penerbit eksekutif bersama-sama dengan Per Saari (mewakili Blosson Films). Wakil daripada Texas Monthly iaitu Scott Brown dan Megan Creydt turut akan menjadi penerbit bersama-sama dengan Matthew Tinker, Michael Klick dan Helen Verno.

Sohor Kini