Dua bulan lepas, Amanz ada laporkan yang Tubi akan hadir dengan filem dan siri TV asli tersendiri. Menjadikan platform penstriman ini lebih menarik untuk digunakan. Bagi yang tidak tahu, Tubi adalah platform penstriman video yang ditawarkan secara percuma dan turut boleh diakses di Malaysia.

Tahun 2019, semasa Disney mengambil-alih Fox Рmereka telah tubuhkan Fox Entertaiment untuk menghasilkan kandungan kepada Fox Broadcasting Company dan Tubi. Baru-baru ini, laporan daripada THR menyatakan yang sekitar hujung tahun ini Tubi akan mula menyiarkan pelbagai kandungan daripada Fox dan juga kandungan asli mereka tersendiri.

Antara kandungan yang dirancang akan dimasukkan adalah siri animasi Bob’s Burgers, siri TV/filem sains fiksyen, romantik, ngeri, dan juga yang memfokuskan kepada komuniti berkulit gelap. Buat masa ini, Tubi sudah ada 30,000 filem dan siri TV dan mempunyai 40 juta pengguna aktif.

Sohor Kini