DCFanDome Akan Kembali Tahun Ini Pada 16 Oktober

Tahun lepas adalah antara acara DCFanDome terbaik pernah aku saksikan. Banyak gila siri TV dan filem diumumkan, daripada DCEU, The Batman Matt Reeves, siri TV Batman tahun sifar, The Flash, The Suicid Squad dan lain-lain lagi. Bayangkan aku sanggup berjaga daripada 9PM sampai 9AM untuk tonton semua dan laporkan perkara baru untuk kroang?

DCComics melalui Twitter mereka, menciap yang acara DCFandome akan kembali lagi tahun ini. Ia akan berlangsung pada 16 Oktober 2021. Jika tahun lepas pasal The Batman, tahun ini mungkin kita boleh lihat sedutan awal filem The Flash? Mungkin video acah siri TV Peacemaker? Atau DCEU akan diolah semula kerana Flashpoint? Banyak yang boleh berlaku. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini