Lin-Manuel Miranda adalah seorang yang berbakat. Beliau boleh berlakon, menyanyi, karang muzik dan banyak lagi. Antara hail kerja beliau yang berjaya adalah teater muzikal Hamilton, yang kerap tiket habis dijual. Teater ini turut disiarkan di Disney+. Untuk dunia filem, beliau pernah menulis lirik untuk lagu dalam filem Moana, Star Wars: The Force Awaken, The Rise of Skywalker dan banyak lagi.

Terkini, beliau menjadi watak utama dalam filem animasi muzikal Sony – Vivo. Filem ini akan disiarkan di Netflix pada Julai kelak. Muzik-muzik dalam filem ini adalah daripada beliau sendiri.

Dalam filem ini, beliau memainkan watak Vivo iaitu seekor kinkajou sejenis beruang madu dan perlu mencari jalan dari Havana ke Miami untuk sampaikan lagu kepada kepada Marta, iaitu kekasih tuan beliau Andres. Semua lagu adalah daripada beliau sendiri dengan irama oleh Alex Lacamoire. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem The Croods, Kirk DeMicco dengan skrip oleh Quiara Alegría Hudes. Brandon Jeffords selaku pengarah filem Cloudy with a Chance of Meatballs 2, turut mengarah bersama.

Filem ini dikatakan akan fokus kepada nilai keberanian, kekeluargaan, persahabatan dan mempercayai muzik boleh memimpin sesiapa untuk ke ‘dunia baru’ iaitu [peluang, nasib dan lain-lain yang positif.

Antara pelakon suara dalam filem ini adalah;

  • Gloria Estefan sebagai Marta
  • Ynairaly Simo sebagai Gabi – cucu Andres
  • Zoe Saldana sebagai Rosa – emak Gabi
  • Michael Rooker sebagai Lutador – penjahat spesis ular sawa
  • Brian Tyree Henry dan Nicole Byer – penampilan khas penyanyi dalam filem
  • Leslie David Baker – penampilan khas sebagai pemandu bas
  • Katie Lowes, Olivia Trujillo, dan Lidya Jewett – sebagai trio pencungkil bakat

Tarikh siaran masih tidak diumumkan ketika artikel ini ditulis.

Sohor Kini