Peminat filem seram ngeri James Wan, SAW pasti tidak sabar untuk nantikan sekuelnya Spiral: From The Book Of Saw yang akan tiba tidak lama lagi. Filem ini diberi nafas baru dengan olahan oleh Chris Rock, yang mana beliau adalah peminat francais filem ini. Chris turut berlakon dalam filem ini sebagai seorang Detektif, Zeke Banks. Beliau adalah anak kepada bekas ketua polis Marcus Banks yang dilakonkan oleh Samuel L. Jackson.

Filem ini berlaku dalam dunia yang sama dengan Saw, iaitu selepas beberapa tahun Jigsaw mati. Tetapi, mungkin ada copycat iaitu peniru pembunuh yang kembali sebagai Jigsaw baharu mencabar Marcus yang mungkin terlibat dengan kejadian dulu. Bloody Disgusting menerima klip eksklusif memperlihatkan Marcus menyahut cabaran pembunuh baru ini.

Bagi yang tidak tahu, dalam filem Saw – Jigsaw akan mencabar mangsa beliau dengan menyebut Do you wanna play a game? Cabaran ini adalah dalam bentuk permainan yang menyeksakan, teka-teki dan banyak lagi yang mana kalau silap mangsa boleh terus mati atau jika selamat akan hidup dengan tidak aman.

Apa kata anda mengenai filem ini? Mampukah Marcus selamat? Apakah cabaran baru dalam filem ini dan adakah cabaran lama kekal ngeri? Filem ini dijadualkan akan ditayangkan di Malaysia pada 21 Mei, menjadikan filem pertama dalam francais Saw memasuki pawagam Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini