Seperti yang diumumkan semalam, Astro akan menawarkan pelbagai kandungan menarik sempena Hari Raya. Memandangkan saluran HBO di Malaysia adalah di bawah naungan Astro, hari ini mereka mengumumkan kandungan-kandungan menarik daripada saluran-saluran WarneMedia seperti Warner TV, Cartoon Network, Boomerang, dan Oh!K akan disiarkan di HBO GO dan saluran HBO 411.

Filem asli HBO Max turut akan disiarkan seperti Let Them All Talk lakonan Meryl Streep (22 Mei, 9PM), kembalinya siri TV asli HBO Original In Treatment musim keempat (24 Mei, 10PM), filem asli HBO pula seperti Oslo (30 Mei, 8AM), The Outpost (8 Mei, 9PM), komedi My Spy (15 Mei, 9PM), turut boleh distrim bulan Mei ini.

Untuk animasi pula, filem SCOOB! turut boleh ditonton pada 1 Mei 9PM, Grizzy And The Lemmings pula aka disiarka di saluran Boomerang pada 1 Mei 2:30PM dan Ben 10: Ben Gen 10 pula akan berada di saluran Cartoon Network pada 22 Mei 10AM.

Bagi yang berminat dengan kandungan Korea Sealatan, saluran Oh!K akan menyiarkan Here’s My Plan pada 20 Mei 7:40PM.

Kembali ke HBO GO, siri TV DC dunia Arrowverse DC’s Legend of Tomorrow musim keenam akan disiarkan pada 3 Mei, 9PM serentak dengan Amerika Syarikat. Peminat francais siri TV Arrow boleh mula strim daripada musim pertama bermula 1 Mei nanti. Akhir sekali dari paltform DC Universe ke HBO Max dan kini di HBO GO – Swamp Thing turut akan tiba pada tarikh yang sama.

Manakala bagi peminat animasi-animasi DC Universe, berikut adalah yang anda boleh strim di HBO Go bermula 12 Mei nanti;
- Batman: The Dark Knight Returns Part I
- Batman: The Dark Knight Returns Part II
- Batman: Assault on Arkham
- Batman: The Killing Joke
- Batman: Gotham by Gaslight
- Batman: Death In The Family
- Batman: Hush
- Wonder Woman: Bloodlines
- Wonder Woman: Bloodlines
- Suicide Squad: Hell to Pay


