Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Sailor Moon? Siri anime yang biasa kita tonton masa kanak-kanak di hadapan televisyen. Bagi yang merindui siri ini, Netflix akan menyiarkan dua filem tidak lama lagi. Ya, kita akan dapat lihat Sailor Moon dan Sailor Guardian kembali beraksi.

Berasaskan jalan cerita Dream Arc daripada manga, Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie adalah filem dengan dua bahagian mengisahkan mereka membesar sebagai remaja dan juga Sailor Gurdian dan turut menceritakan kisah cinta Chibi-Usa dan Helios. Helios adalah sejenis Pegasus misteri yang mencari cinta untuk memecahkan sumpahan Golden Crystal. Musuh Dead Moon menjadi penghalang dengan menghantar Lemures.

Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie akan disiarkan di Netflix pada 3 Jun. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini