DICE dan EA hari ini telah berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan terbaru bagi siri permainan Battlefield mereka. Seperti diumumkan sebelum ini, Battlefield seterusnya akan dikeluarkan pada lewat tahun ini dan mereka mengatakan pengumuman lanjut akan dilakukan dalam masa terdekat.

Seperkara yang lebih menarik, mereka juga mengumumkan yang Battlefield untuk peranti mudah alih sedang dibangunkan oleh mereka bersama dengan Industrial Toys yang sebelum ini hadir dengan permainan Midnight Star.

DICE juga mengesahkan yang ia adalah permainan kendiri dan berlainan dengan versi konsol dan juga PC. Dengan kata lain, seperti Call of Duty Mobile. Permainan tersebut buat masa ini sedang melalui fasa percubaan dan akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Maklumat lanjut mengenainya juga akan dikongsi kemudian.

Sohor Kini