Love, Death & Robots adalah siri antologi animasi aneh, seram, ngeri dan juga mempunyai kandungan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak. Ia adalah karya untuk tontonan orang dewasa yang mana mempunyai kisah sedih, cinta, misteri dan banyak lagi penceritaan berbeza untuk setiap satu episod.

Terkini, musim kedua sudah mempunyai video acah. Kali ini Tim Miller bertanggungjawab untuk siri antologi ini dengan kerjasama David Fincher sebagai pengarah dan juga produksi dari studio tersendiri Blur Studio. Musim kedia mempunyai lapan episod dan akan menyertakan gergasi yang tiada pakaian, setan Krismas, robot hilang kawalan dan pelbagai lagi.

Berikut adalah senarai episod dan butirannya;

Pop Squad

Berdurasi 15 minit, diarahkan oleh Jennifer Yuh Nelson, skrip oleh Paolo Bacigalupi dan mengisahkan dunia masa hadapan yang dikawal oleh orang kaya-raya dan mereka yang tidak berdaftar akan dikawal oleh pasukan Polis yang ada hak mengawal populasi. Studio produksi adalah Blur Studio.

Life Hutch

Durasi episod ini adalah 10 minit dengan arahan Alex Beaty serta skrip daripada Harlan Ellison. Episod ini mengisahkan seorang pilot (lakonan Michael B. Jordan) dengan pesawat yang rosak kerana melalui satu pertempuran dan mendarat di planet asing. Walaupun sempat mencari tempat perlindungan, ada halangan menanti yang menguji kebolehan hidup berapa lama. Blur Studio kekal sebagai studio produksi.

Ice

Episod ini juga adalah 10 minit. Tetapi pengarah adalah Robert Valley dengan cerita daripada Rich Larson. Episod ini berada di masa hadapan, di mana manusia melakukan modifikasi pada tubuh dan berpecah kepada dua puak. Satu adalah yang normal dan satu adalah yang telah dimodifikasi dengan kebolehan unik. Pasanag abang adik bertempur antara satu sama lain kerana tidak menemui kata sepakat. Studio produksi adalah Passion Pictures.

The Tall Grass

8 minit adalah masa untuk episod ini, yang mana diarahkan oleh Simon Otto dengan skrip oleh Joe Lansdale dan dihasilkan di studio Axis Animation. Mengisahkan keretaapi yang berhenti di lokasio entah mana, seorang pengembara dikeliligi dengan cahaya aneh. Disebabkan perasaan ingin tahu, cahaya ini mungkin membawa bahaya.

Automated Customer Service

Episod ini diarahkan oleh Kevin Dan Ver Meiren, David Nicolas dan Laurent Nicolas dengan hanya 10 minit durasi. Ia dihasilkan di Atoll Studio mengikut skrip John Scalzi. Mengisahkan orang-orang tua yang bersara dengan teknologi canggih sehinggalah robot dalam dunia ini mukla membunuh.

All Through the House

Episod kali ini mempunyai durasi selama 4 minit sahaja, antara yang paling pendek. Ia dihasilkan di studio Blink Industries, diarahkan oleh Elliot Dear dan skrip ditulis oleh Joachim Heijndermans. Ia mengisahkan pasangan adik beradik yang terlalu gembira kerana ingin sambut Krisman sehingga tidak boleh tidur. Mendengar bunyi loceng yang mereka sangkakan santa, sebenarnya adalah Setan.

The Drowned Giant

Blur Studio kembali menghasilkan episod untuk siri antologi animasi aneh ini. Diarahkan oleh Tim Miller dengan cerita oleh J.G. Ballard, episod ini disampaikan selama 10 minit. Gergasi 200 kaki terkandas di sebuah perkampungan. Semua penduduk gayat dan tertarik dengan makhluk ini sehingga mayat ini didokumenkan dan suatu hari – gergasi ini sudah menjadi perkara biasa sehinggalah ia dilupakan.

Snow in the Desert

Episod akhir dihasilkan oleh studio Unit Image, diarahkan oleh Leon Berelle, Dominique Boidin, Remi Kozyra dan Maxime Luere serta skrip daripada Neal Asher. Cerita yang disampaikan selama 15 minit ini mengisahkan makhluk Albino yang tidak dimakan usia diburu. Kemdudian diselamatkan oleh Hirald, yang mana sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Siri ini akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 14 Mei, 3 Petang. Jika anda berminat, nantikan sahaja ketibaan siri antologi ini dalam masa sekitar 3 minnggu lagi.

Sohor Kini