Apple TV+ semakin hari semakin berkembang dengan menawarkan banyak kandungan. Pelbagai siri TV, filem, dokumentari dan animasi boleh distrim di platform penstriman ini. Lebih menarik apabila kesemuanya adalah asli dan eksklusif di Apple sahaja. Antara yang unik adalah Calls, The Servant, Mythic Quest, dan lain-lain.

Tom Holland kini dilaporkan akan membintangi siri antologi Apple TV+ berjudul Crowded Room. menjadikan kali kedua Tom berlakon untuk kandungan Apple selepas Cherry. Siri antologi ini disahkan akan mempunyai 10 episod, dan dikendalikan oleh Akiva Goldsman dengan menjadi penerbit eksekutif melalui Weed Road Productions. Beliau terkenal dengan filem The Da Vinci Code dan I Am Legend, atau juga siri TV Titans. Tom Holland turut akan menjadi penerbit eksekutif siri ini.

Filem ini akan dihasilkan oleh Apple Studios dan New Regency. Ia mengisahkan individu yang diberi nama William Stanley Milligan atau terkenal dengan nama Billy Milligan. Billy akan dilakonkan oleh Tom Holland, yang mana beliau adalah penjenayah pertama di Amerika Syarikat yang dibebaskan kerana mempunyai penyakit Kecelaruan Identiti Disosiatif. Peguam beliau membuat rayuan untuk membebaskan beliau kerana penyakit ini dengan dakwaan, jenayah ini dilakukan oleh dua identiti beliau yang lain tanpa disedari.

The Devil All The Time: Tom Holland as Arvin Russell. Photo Cr. Glen Wilson/Netflix © 2020

Antara jenayah yang Billy lakukan adalah rompakan bersenjata, rogol, penculikan dan banyak lagi. Menurut salah seorang mangsa, personaliti Billy adalah baik dan seakan kanak-kanak perempuan tiga tahun.

Jadi, boleh dikatakan ini adalah siri antologi seakan Split dan Glass? Apa-apa pun, masih tiada informasi lain mengenai pelakon dan tarikh siaran. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini