Satu lagi filem menarik akan disiarkan di Netflix Malaysia tidak lama lagi. Pada 14 Mei kelak, iaitu minggu pertama Hari Raya Aidilfitri 3 petang. Filem ini adalah The Woman in the Window, yang mana diadaptasi dari novel dengan judul yang sama karya A. J. Finn. Filem ini mengisahkan seorang yang menghidap penyakit agorafobia, iaitu takut akan ruang yang lapang Anna Fox (lakonan Amy Adams). Penyakit ini muncul kerana trauma terhadap satu kemalangan.

Dengan sentiasa berkurung dalam rumah, beliau sedari yang ada jiran baru pindah – keluarga Russell (lakonan Gary Oldman, Fred Hechinger dan Jennifer Jason Leigh). Dengan sifat yang suka mengintai, beliau menyaksikan kejadian pembunuhan yang kejam. Selepa laporan polis dilakukan, semua keadaan dilihat seperti biasa. Jadi, adakah apa yang beliau saksikan tadi benar atau hanya halisunasi? Apakah misteri di sebalik keluarga Russell ini? Siapakah mereka dan apakah yang terjadi sebenarnya? Itulah persoalan filem ini.

Anthony Mackie turut berlakon dalam filem ini sebagai Edward “Ed” Fox bersama-sama dengan Wyatt Russell sebagai David Winters. Filem ini diarahkan oleh Joe Wright dan skrip oleh Tracy Letts.

Filem ini sebenarnya adalah filem 20th Century Fox yang patut ditayangkan pada 4 Oktober 2019. Selepas diambil oleh Disney, filem ini ditunda ke 15 Mei 2020 kerana ada suntingan tambahan perlu dilakukan. Kemudian disebabkan pandemik, filem ini terus hilang dari radar. Hanya pada suku terakhir 2020, Netflix membeli hak siaran filem ini.

Jadi jika anda tertanya kenapa dalam filem Zack Snyder’s Justice League adegan Lois Lane sedikit, kematian Supermanlah yang menyebabkan trauma ini. Dengan konsep rentas dunia diperkenalkan oleh DC dan Marvel, Falcon dan Captain America baru turut muncul dalam filem ini (gurau sahaja!). Ini adalah peluang anda untuk saksikan mereka bertiga berganding bahu dalam satu filem misteri, suspen, psikologikal menarik.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini