Skip to main content

Angelina Jolie adalah seorang pelakon wanita yang hebat. Beliau terkenal dengan banyak filem aksi seperti Mr. & Mrs. Smith (2005), Wanted (2008), atau Salt (2010), baru-baru ini Disney melalui francais filem Maleficent, kelak Ethena dalam filem MCU dan banyak lagi.

Kali terakhir beliau beraksi dalam filem aksi serius adalah pada tahun 2014 dalam filem The Tourist. Kini, beliau kembali beraksi dalam filem Those Who Wish Me Dead.

Dalam filem ini beliau memainkan watak seorang warden bomba veteran dan wilderness expert Hannah Faber. Hannah terserempak dengan seorang kanak-kanak yang diberi nama Connor Casserly lakonan Finn Little yang sedang lari dari pembunuh upahan kerana menjadi saksi kepada pembunuhan bapa beliau.

Pembunuh upahan ini adalah Patrick dan Jack Blackwell, anak-beranak pembunuh yang kejam lakonan Nicholas Hoult (Beast dalam X-Men) dan Aiden Gillen (John Reid/Janson dalam Bohemian Rhapsody/francais filem Maze Runner).

Video acah memperlihatkan aksi gempak, ganas dan mendebarkan daripada Angelina Jolie. Dengan skil hebat Hannah, beliau cuba sedaya upaya melindungi Connor dari keluarga Blackwell. Jon Bernthal sebagai Harrison, iaitu seorang Sherif turut tampilkan diri.

Filem ini dihasilkan oleh Warner Bros. Pictures dan New Line Cinema, diarahkan oleh Taylor Sheridan dengan skrip daripada Michael Koryta, Charles Leavitt, dan Sheridan. Filem ini diadaptasi daripada novel hasil karya Koryta dengan judul sama.

Ia akan ditayangkan pada 14 Mei, dengan penstriman terhad di HBO Max.

Leave a Reply