Banyak filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahu 2020 ditunda ke tahun ini atau terus dibatalkan tayangan dan dimasukkan ke dalam platform penstriman. Ada juga yang ditawarkan dalam bentuk sewaan atau terus beli versi digital. The Tomorrow War adalah antara filem tersebut, iaitu filem aksi sains fiksyen yang melibatkan rentas masa.

Filem ini adalah filem dari Paramount Pictures dan Skydance Media yang diarahkan oleh Chris McKay dan Chris Pratt sebagai watak utama. Filem ini kini disahkan akan tiba ke Amazon Prime Video pada 2 Julai ini. Menurut Variety, Amazon dilaporkan membelanjakan $200 juta (sekitar RM800 juta) untuk hak penstriman di platform mereka.

Filem ini mengisahkan pasukan askar dan orang awam bekerjasama untuk berperang menentang makhluk asing. Sepasukan perentas masa dari tahun 2051 merentas ke masa sekarang dan memberi amaran. Sambil itu mereka menjemput askar dan orang awam membantu mereka menentang musuh ini dengan merentas ke masa hadapan. Antara ahli pasukan ini yang dipilih adalah Dan Forester (Chris Pratt), saintis lakonan Yvonne Strahovski dan bapa saintis tadi lakonan J.K. Simmons.

Sohor Kini