Ghostbusters: Afterlife adalah sekuel secara terus kepada filem Ghostbusters 2. Filem ini berlaku 30 tahun selepas kejadian ghaib/berhantu dari filem lepas. ia juga dilihat lebih serius dan seram sambil menyelitkan elemen komedi untuk menenangkan keadaan. Antara watak dalam filem ini adalah Mr. Grooberson dilakonkan oleh Paul Rudd (Ant-Man), Finn Wolfhard (Mike Wheeler, Stranger Things) akan berlakon sebagai Trevor dan pelakon asal Bill Murray dan Dan Aykroyd akan kembali sebagai Peter Venkman dan Dr. Raymond Stantz.

Video acah baharu telah diterbitkan baru-baru ini, yang mana memperlihatkan sedikit komedi dari Mr. Grooberson dengan watak yang dikenali peminat Ghostbusters. Video ini turut mempertontonkan watak Stay-Puft Marshmallow Man yang terkenal dari filem pertama tahun 1985 Ghostbusters, tetapi adalah versi mini dan comel. Walaupun ia kelihatan comel, ia masih dikira sebagai entiti seakan hantu atau raksasa dan ia agak mengerikan. Stay-Puft Marshmallow Man atau nama yang Sony berikan adalah Mini-Puft dilihat menggigit dan juga membunuh antara satu sama lain.

Filem ini mengisahkan misteri gempa bumi berlaku yang berkait dengan peristiwa Ghostbusters sebelum ini. Trevor menyedari yang Atuk beliau ada kaitan dengan Ghostbusters dan ada rahsia disembunyikan dari keluarga. Filem ini akan dedahkan misteri ini, yang mana peristiwa seram/berhantu yang lepas mungkin selama ini masih belum berhenti.

Seperti filem Ghostbusters tahun 2016, filem ini juga diterbit oleh Ivan Reitman. Tetapi diarah dan ditulis oleh anak beliau Jason Reitman. Filem ini akan ditayangkan pada bulan November kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini