Soul adalah filem animasi Disney yang menarik kerana mempunyai penyampaian cerita yang bagus, sedih serta membuatkan penonton belajar erti kehidupan seperti bersyukur, menghargai dan juga kasih sayang. Filem ini dilancarkan pada tahu lepas, tetapi disebabkan pandemik ia hanya disiarkan di Disney+ dan tidak boleh ditonton di Malaysia.

Terkii, GSC telah mengesahkan yang filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 8 April 2021. Bagi yang meminati filem Disney yang fokus kepada pengembaraan hidup, muzik yang menarik serta visual yang cantik – filem ini wajib ditonton. Tidak semua orang sukakan filem seakan Raya and the Last Dragon, jadi ini adalah filem animasi Disney lain yang boleh ditonton oleh semua.

Filem ini mengisahkan “roh” dari Joe Gardner, seorang guru muzik (lakonan suara Jamie Foxx) yang menerima peluang menjadi ahli muzik profesional, tetapi disebabkan kemalangan – beliau “mati”. Roh beliau kini berada di “The Great Before“, iaitu dunia fantasi di mana setiap roh dan personaliti dari bumi pergi ke sini selepas mati. Joe kemudian ingin kembali ke bumi kerana belum bersedia untuk mati. Beliau bekerjasama dengan sejenis roh yang tidak pernah menjadi manusia, 22 (lakonan suara Tina Fey). Joe mendidik 22 bagaimana rasanya menjadi manusia sambil sedar yang beliau mempunyai peluang untuk hidup.

Sohor Kini