Comcast atau NBCUniversal adalah syarikat yang memiliki Universal Pictures. Seperti Warner Media dengan HBO yang mempunyai platform penstriman HBO Max, Comcast mempunyai Peacock. Di pasaran sekarang, terlampau banyak platform penstriman mula muncul disebabkan pandemik. Netflix semakin berkembang pesat, HBO Max juga begitu dengan flem baru disiarkan serentak dengan pawagam, Apple TV+, Paramount+ dan banyak lagi.

Sedar dengan persaingan ini, Comcast ingin menjadikan kandungan-kandungan yang hak IP dipegang mereka eksklusif di Peacock. Oleh yang demikian, mereka mungkin akan menarik hak siaran filem di HBO Max. HBO Max boleh menyiarkan filem Universal Pictures selepas sembilan bulan ditayangkan. Manakala Netflix juga mungkin akan menerima nasib yang sama, yang mana sedang memegang hak siaran Illumination Entertainment untuk francais Despicable Me.

Buat masa ini, masih tiada kata putus lagi. HBO Max tiada di Malaysia, jadi ia tidak menjadi masalah. Isu adalah Netflix, yang mana masih tidak pasti jika kandungan seperti Despicable Me akan ditarik kembali. Ia benar, ini strategi yang pada mereka baik. Kononnya boleh menarik minat orang ramai melanggan Peacock. Tetapi taktik seperti ini agak keji. Di Malaysia juga tiada Peacock, jadi harapnya Netflix Malaysia tidak terjejas.

Sohor Kini