John Woo adalah seorang pengarah kelahiran Hong Kong yang berbakat. Beliau banyak mengarah filem Hollywood pada suatu ketika dahulu sambil aktif dengan filem-filem Hong Kong. Filem terakhir beliau adalah pada 2017, iaitu Manhunt. Terkini, selepas beberapa tahun tidak aktif beliau mungkin akan kembali mengarah sebuah filem adiwira.

Apa yang mengejutkan adalah, beliau mungkin akan mengarah filem yang diadaptasi dari komik Stan Lee dan Sharad Devarajan – Monkey Master. Monkey Master adalah “klon” kisah legenda China, Monkey King. Komik ini agak baru, iaitu pada tahun 2016 – tetapi ia tidak diterbitkan. Menurut John Woo, beliau sudah lama ingin hadir dengan filem berasaskan Monkey Kig tersendiri – tetapi tidak ada idea yang cukup menarik. Dengan karya Stan Lee pada Monkey Master dan inspirasi kisah Journey to the West – beliau akhirnya bersedia untuk hadir dengan filem seperti ini.

John Woo turut mempunyai visi aksi yang hebat, seperti pada filem Face-OffMission Impossible 2 dan Red Cliff. Jadi beliau mungkin akan menggunakan visi aksi tersendiri pada filem ini. Filem ini dikatakan berlaku di bandar New York, yang mana seorang ahli arkeologi yang diberi nama Li Yong menemui ramalan kuno mengenai Mokey King. Dengan penemuan ini, beliau mengembara ke India dan telah menerima kuasa luar biasa untuk menjadi adiwira modenMonkey Master.

John Woo akan bekerjasama dengan Graphic India, yang mana Devarajan adalah CEO sebagai penerbit bersama-sama dengan Gill Champion iaitu bekas presiden syarikat Stan Lee POW! Entertainment. Dengan pengalaman Sharad Devarajan melalui siri animasi Chakra: The Invincible di Cartoon Network, iaitu kisah adiwira juga – penulisan skrip filem ini dijangka akan cukup baik untuk dijadikan sebagai satu filem adiwira hebat.

Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply