Skip to main content

Filem Aquaman bukanlah filem DC yang menarik. Ini kerana dunia filem DC, atau DCEU tidak menjadi dengan penceritaan yang tidak konsisten, eksekutif Warner Bros. yang menyekat visi pengarah dan lain-lain lagi. Tetapi, James Wan cuba menjadikan filem Aquaman dengan penceritaan yang berbeza dengan kebanyakan filem DCEU lain.

Selepas kejayaan James Wan dengan filem Aquaman, terdapat berita menyatakan yang filem sampingan akan dihasilkan. Filem ini adalah The Trench, iaitu filem seram memfokuskan watak raksasa laut ngeri yang bertempur dengan Aquaman dalam filem tersebut. Terkini melalui THR, filem ini dikatakan telah dihentikan. Untuk filem The Trench, laporan menyatakan yang James Wan buat masa ini sedang sibuk bagi memfokuskan kepada pembangunan filem Aquaman 2.

Bukan itu sahaja, filem DC New Gods iaitu berdasarkan komik yang ditulis Jack Kirby yang sepatutnya diarahkan oleh pengarah filem Disney A Wrinkle In TimeAva DuVernay juga dihentikan. Menurut Warner Bros., James Wan, Ava DuVernay dan dua rakan produksi Tom King dan Peter Safran masih boleh teruskan pembangunan filem ini jika mereka ingin teruskannya.

Leave a Reply