Skip to main content

Terlampau banyak kandungan menarik di Netflix sepanjang tahun ini. Ini kerana, Netflix telah menjanjikannya yang setiap minggu akan ada kandungan baru. Terkini, terdapat satu siri TV berbahasa asing Netflix Original yang bertemakan adiwira akan tiba di Netflix tidak lama lagi.

Siri TV ini adalah bahasa Itali dan judulnya adalah Zero. Ia diadaptasi dari novel Non ho mai avuto la mia età, hasil karya Antonio Dikele Distefano yang juga adalah penulis siri TV ini.

Siri TV ini mempunyai 8 episod dan menceritakan kisah individu yang diberi nama Omar, atau gelarannya Zero. Beliau adalah seorang yang pemalu dan dipulaukan. Omar mula mendapati yang beliau mempunyai kuasa halimunan. Omar atau Zero adalah individu yang dipulaukan, dibuli dan ingin bebaskan diri dari Barrio – sebuah perkampungan di Milan.

Disebabkan kuasa ini, beliau terpaksa menjadi adiwira dan telah bertemu dengan Sharif, Inno, Momo dan Sara – iaitu sahabat baru bagi mengakhiri diri yang asyik dipinggirkan. Dalam pengembaraan beliau sebagai adiwira, beliau juga mungkin akan bertemu dengan cinta.

Siri TV ini menyertakan pelakon seperti berikut;

  • Giuseppe Dave Seke (Zero / Omar)
  • Haroun Fall (Sharif)
  • Beatrice Grannò (Anna)
  • Richard Dylan Magon (Momo)
  • Daniela Scattolin (Sara)
  • Madior Fall (Hymn)
  • Virgina Diop (Awa)
  • Alex Van Damme (Thierno)
  • Frank Crudele (Sandokan)
  • Giordano de Plano (Ricci)
  • Ashai Lombardo Arop (Marieme)
  • Roberta Mattei (La Vergine)
  • Miguel Gobbo Diaz (Rico)
  • Livio Kone (Honey)

Zero diarahkan oleh Paola Randi, Ivan Silvestrini, Margherita Ferri dan Mohamed Hossameldin. Ia diterbitkan oleh Stefano Voltaggio, Massimo Vavassori, Carolina Cavalli dan Lisandro Monaco. Fabula Pictures dan Red Joint Film adalah syarikat produksi yang terlibat.

Ia akan disiarkan di Netflix pada 21 April ini.

Leave a Reply