Thor: Love and Thunder adalah filem keempat Thor dalam dunia MCU. Filem ini adalah filem kedua Thor arahan Taika Waititi, yang mana beliau juga akan berlakon sebagai Korg. Filem lepas, iaitu Thor: Ragnarok adalah antara filem Thor yang menarik kerana banyak elemen komedi.

Filem ketiga Thor juga adalah filem di mana banyak pelakon terkenal membuat penampilan khas untuk adegan yang lucu. Untuk filem keempat ini juga akan ada banyak pelakon terkenal seperti Matt Damon, Christian Bale dan ramai lagi. Terkini, Russell Crowe pula dilaporkan akan turut berlakon dalam filem ini. Watak apa masih belum didedahkan lagi.

Russell Crowe sebelum ini pernah berlakon dalam filem adiwira sebagai Jor-El dalam filem Man Of Steel sebagai bapa kepada Superman, lakonan Henry Cavill.

Sohor Kini