Skip to main content

Bewitched adalah sitkom popular pada tahun 1964 sehingga 1972. Elizabeth Montgomery adalah Samantha, iaitu seorang ahli sihi yang cuba menjadi manusia biasa. Samantha mendirikan rumah tangga dengan Darrin lakonan ick York dan digantikan dengan pelakon Dick Sargent.

Sitkom ini pernah diolah menjadi filem pada tahun 2005, yang mana Nicole Kidman dan Will Ferrell adalah pelakon utama. Bewitched dimiliki oleh Sony dan terkini menurut THR, Sony ingin mengolah semula filem ini dengan skrin yang ditulis oleh Terry Matalas dan Travis Fickett. Filem ini turut akan diterbit oleh Davis Entertainment.

Masih tiada sebarang butiran mengenai sinopsis, senarai pelakon dan juga tarikh tayangan. Ia mungkin masih berada di peringkat awal pembangunan di Sony. Tahun 2011-2012 CBS pernah merancang untuk mengolah semula sitkom ini dan NBC pula pada tahun 2014, tetapi ia tidak diteruskan. Harapnya kali ini ia juga tidak tergendala atau terus berhenti dibangunkan.

Populariti sitkom ini turut diadaptasi dalam pelbagai parodi, inspirasi, termasuk dalam siri TV Disney+ WandaVision.

Leave a Reply