National Treasure adalah filem yang tidak dinafikan agak menarik. Selepas bertahun orang ramai seronok menonton filem aksi pengembaraan seperti Indiana Jones, filem ini membawakan konsep yang sama tetapi dengan penyampaian yang lebih ringan dan mudah ditonton oleh semua orang.

Filem ini ada dua sahaja dan filem ketiga yang diacah selama ini tidak dihasilkan. Tetapi selepas 14 tahun, akhirnya kita akan melihat kelahiran semula National Treasure. Ia bukan filem, bukan sekuel – tetapi adalah siri TV olahan semula eksklusif untuk Disney+. Menurut Deadline, filem ini akan mengekalkan penerbit yang sama iaitu Jerry Bruckheimer dan juga penulis asal Marianne dan Cormac Wibberley. Mira Nair pula akan menjadi pengarah siri TV ini.

Siri TV National Treasure akan mempunyai 10 episod dan akan menceritakan kisah Jess Morales. Jess adalah seorang remaja perempuan berbangsa Latin yang kuat berangan. Tetapi beliau cukup bersemangat untuk mendedahkan rahsia keluar beliau yang mungkin memiliki harta karun. Harta karun ini pula melibatkan banyak petanda, memerlukan rujukan mengenai khazanah negara dan juga menaikkan semangat patrotik beliau.

Jerry Bruckheimer Television akan menerbit bersama-sama dengan ABC Signature. Buat masa ini masih tiada senarai pelakon dan tarikh siaran lagi. Tidak pasti sama ada siri ini akan menarik minat mereka yang menggemari filem asal. Filem Face/Off lakonan Nicolas Cage tahun 1997 juga akan menerima sekuel, di mana ia diarahkan oleh pengarah filem Godzilla vs Kong – Adam Wingard.

Sohor Kini