Beberapa tahun lalu, Netflix mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sebuah siri televisyen aksi nyata berdasarkan tajuk anime Cowboy Bebop. Ia dibintangi sejumlah pelakon yang cukup dikenali seperti John Cho, Mustafa Shakir, Daniella Pineda dan sebagainya.

Terkini, Daniella Pineda telah mengatakan melalui sebuah pos di Instagram bahawa penggambaran musim pertama Cowboy Bebop aksi nyata tersebut telahpun siap. Tarikh penggambaran asal terpaksa ditunda hampir setahun kerana kecederaan yang dialami oleh John Cho di set penggambaran, tetapi nampaknya terdapat kebarangkalian tinggi bahawa kita dapat menontonnya tidak lama lagi.

Siri televisyen Cowboy Bebop aksi nyata ini bakal hadir dengan 10 episod untuk musim pertama, telah menerima input kreatif daripada pencipta anime asal, iaitu Shinichiro Watanabe. Ia dikatakan bahawa penulisan skrip musim kedua untuk siri ini sudahpun dimulakan. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah musim pertama akan disiarkan di Netflix.

Sohor Kini