Skip to main content

Steve Rogers a.k.a Captain America selepa kembali ke masa silam untuk memulangkan setiap batu-batu Infinity Stone, beliau tidak kembali ke masa sekarang di dalam filem Endgame. Beliau tinggal di masa silam sehingga tua dan melalui masa sehingga ke saat beliau kembali ke masa silam. Saat ini antara yang sedih, kerana beliau secara rasminya tamatkan perkhidmatan sebagai adiwira Captain America dan memberi perisai ke Sam Wilson a.k.a The Falcon.

Tetapi, kerajaan tidak bersetuju dengan keputusan ini dan mungkin perisai ini akan diberikan ke orang lain. U.S. Agent dikatakan mungkin adalah Captain America baharu. Jadi adalah Sam dan Bucky bekerjasama membuktikan mereka adalah calon terbaik dan bukannya U.S. Agent? Atau Baron Zemo ada merancang sesuatu selepas kegagalan beliau dalam filem Captain America: Civil War.

Video treler baharu dan terakhir sebelum siri TV ini disiarkan pada hari Jumaat ini, iaitu 19 Mac telah diterbitkan. Buat pertama kalinya kita dapat lihat lebih aksi Sam mengendalikan perisai Captain America. Adegan ini berkemungkinan besar adalah betul-betul selepas Endgame atau mungkin selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Turut kelihatan adalah aksi tembak menembak, letupan, tumbuk menumbuk dan banyak lagi. Aksi U.S. Agent dan Baron Zemo masih tidak jelas, mungkin Disney akan berikan kejutan dan mengubah sesuatu seperti yang berlaku pada WandaVision.

Siapakah Captain America baharu? Adakah beberapa plot WandaVision akan bersambung dalam siri ini? Siapakah cameo utama? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply