Skip to main content

Selepas dirayu oleh ramai peminat, akhirnya filem Justice League potongan dan suntingan Zack Snyder direalisasikan. Ia akan disiarkan di HBO GO Asia dan HBO Max pada 18 Mac ini. Filem ini adalah filem yang sama, tetapi durasi filem ini adalah dua kali ganda kerana Zack Snyder ada masukkan beberapa adegan baharu, memulihkan fail-fail lama serta disunting dengan idea beliau sendiri.

Terkini, video treler baru diperlihatkan di mana adalah persediaan untuk hari 18 Mac ini. Video treler ini memperlihatkan banyak adegan baharu yang tidak pernah kita lihat dalam video treler sebelum ini dan ia mempertontonkan gaya yang berbeza dengan filem asal. Dalam filem ini juga, kita akan dapat lihat adegan tambahan The Flash, Cyborg, Superman dengan sut hitam, Joker Jared Leto kembali, aksi baharu Batman, dan mungkin sedkit perubahan pada jalan cerita. Penjahat utama pula adalah Darkseid dan Steppenwolf dengan rekaan baharu adalah makhluk suruhan sahaja.

Filem ini besar kemungkinan adalah filem terakhir DC Zack Snyder kerana langsung tiada perancangan mengenai filem kedua. Ada rancangan sebelum ini untuk memasukkan babak Nightmare yang memfokuskan watak Batman selepas dunia diambil Darkseid. Apa-apa pun, sama-sama kita saksikan filem ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Filem ini akan disiarkan di HBO Go Asia di Malaysia pada 18 Mac ini. Jika anda berminat, ini adalah satu-satunya platform untuk anda strim. Ingat, filem ini adalah 4 jam lebih – bersedia untuk menghabiskan empat jam kehidupan anda.

Leave a Reply