Zack Snyder’s Justice League adalah filem olahan semula Justice League yang ditayangkan pada tahun 2017. Ia adalah potongan dan suntingan khas dari Zack Snyder sendiri dengan sokongan dari Warner Bros. untuk siaran eksklusif di HBO Max dan HBO Go. Filem ini pada awalnya sepatutnya diarahkan dan dikendalikan oleh Zack, tetapi atas isu keluarga Joss Whedon ambil alih.
Justice League versi Joss Whedon menerima banyak kritikan dan idea serta visi Justice League yang ingin disampaikan tidak tercapai. Melalui Zack Snyder’s Justice League, idea asal beliau dapat disaksikan oleh penonton. Antara kejutan yang Zack akan bawakan adalah, penjahat Steppenwolf dengan rekaan baharu, musuh utama adalah Darkseid, akan ada penampilan khas Green Lantern, Martian The Manhunter, Joker dan banyak lagi adegan dibuang atau dipadam disertakan kembali. Ada juga adegan yang dipulih semula da ada juga yang baharu.

Pada awalnya, Justice League suntingan Zack Snyder ini ingin disampaikan dalam bentuk empat bahagian. Tetapi selepas beberapa perubahan, ia dilaporkan akan disampaikan dalam bentuk satu filem dengan durasi empat jam. Ada laporan katakan akan ada gangguan di antara filem atau jeda di sepanjang filem dimainkan untuk memberi menghargai mereka yang terlibat dengan pembangunan filem ini. Jadi, konsep satu filem dipecah kepada beberapa bahagian itu akan dikekalkan.

Zack Snyder’s Justice League akan ada enam bahagian, di setiap bahagian filem yang dijeda inilah di mana anda boleh berehat dan ke tandas sebelum filem bersambung semula. 1) Don’t Count On It, Batman, 2) The Age Of Heroes, 3) Beloved Mother, Beloved Son, 4) Change Machine, 5) All The King’s Horses dan 6) Something Darker.
Filem ini akan disiarkan pada 18 Mac di HBO Go dan HBO Max. Sama-sama kita nantikan.