Apple TV+ semakin lama semakin hebat dengan pelbagai jenis kandungan dengan pelbagai jenis kategori dan tema. Terbaru, Apple TV+ telah hadir dengan video treler Calls iaitu siri TV misteri dengan penyampaian yang unik dan berbeza.

Siri TV ini mempunyai sembilan episod, setiap episod adalah audio rakaman panggilan telefon dengan grafik abstrak. Suara setiap panggilan telefon ini adalah daripada pelakon Nick Jonas, Pedro Pascal, Rosario Dawson, Lily Collins, Aaron Taylor-Johnson dan Aubrey Plaza. Siri TV ini dihasilkan oleh CANAL+, Studiocanal dan Bad Hombre.

Satu episod adalah sekitar 12 minit, setiap episod mempunyai cerita dan kisah yang mengejutkan dan seakan membawa anda ke dunia lain disebabkan grafik yang unik dan cara penyampaian yang kreatif. Setiap panggilan telefon ada drama tersendiri, ngeri, takut, ganas dan banyak yang aneh sehingga Apple gelar siri TV ini sebagai siri TV genre-bending.

Tonton Siri TV Ini Di Apple TV+

Sohor Kini