Leo Matsuda adalah individu di sebalik filem animasi Big Hero 6, Zootopia, Ralph Breaks the Internet dan Wreck-It Ralph. Kesemua filem ini adalah filem yang menarik dan puas untuk ditonton. Jennifer Coyle pula adalah individu di sebalik siri animasi Harley Quinn di HBO Max dan Bob’s Burgers.

Kedua-dua individu yang kreatif ini dilaporkan oleh Hollywood Reporter yang mereka telah dipilih untuk terlibat dengan filem aksi nyata Hello Kitty. Filem ini adalah filem hibrid animasi dan aksi nyata seperti Tom & Jerry baru-baru ini. FlynnPictureCo. akan menghasilkan filem ini.

Buat masa ini tiada senarai pelakon, sinopsis, platform siaran/tayangan atau juga tarikh didedahkan lagi.

Sohor Kini