Siri TV Superman & Lois Diteruskan Untuk Musim Kedua

Superman & Lois adalah siri TV baharu dalam dunia Arrowverse memfokuskan kehidupan Clark Kent/Superman dan isteri beliau, selaku wartawan terkenal Lois Lane. Dalam siri TV ini juga, dua anak lelaki mereka turut menjadi fokus. Episod awal siri TV ini menerima maklum balas positif dan ditonton oleh sekitar 3 juta penonton.

The CW baru-baru ini mengesahkan melalui Twitter yang siri TV ini akan diteruskan untuk musim kedua. Siri TV ini juga akan memperkenalkan watak pengganti Supergirl, yang mana mungkin akan menjadi fokus penting. Buat masa ini, siri TV ini hanya disiarkan di The CW dan belum boleh ditonton secara global lagi. Siri TV ini juga boleh dikatakan adalah olahan semula atau versi baharu francais Smallville.

Sohor Kini