Selepas Cold Pursuit, nampaknya Liam Neeson masih belum noleh berhenti berlakon dalam filem aksi bertemakan di kawasan bersalji. Tidak lama lagi sebuah filem yang berlaku di kawasan bersalji The Ice Road lakonan Liam Neeson akan disiarkan. Dalam filem ini, Liam berganding bahu dengan Laurence Fishburne.
Filem ini mengisahkan pelombong berlian yang terperangkap di sebuah lombong berlian di Utara Kanada. Liam akan menjadi hero filem ini apabila cuba merentas lautan beku dan mempunyai halangan dan cabaran yang tidak diduga. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Jonathan Hensleigh.
Baru-baru ini, Netflix telah membeli hak siaran filem ini dengan harga $18 juta iaitu sekitar RM73 juta. Filem ini turut dihasilkan dan diterbitkan oleh CODE Entertainment, ShivHans Pictures dan Envision Media Arts. Tarikh siaran masih belum didedahkan lagi. Tetapi apa yang pasti ia akan tiba pada tahun ini juga.