Selepas sekian lama menanti berita mengenai Fantastic Four, semasa Hari Pelabur Disney kein Feige mengumukan yang Fantastic Four akan memasuki dunia MCU. Tetapi masih tiada tarikh, senarai pelakon atau sinopsis lagi. Tetapi pengarah francais Spider-Man Jon Watts akan mengarah filem F4.

Peminat komik akan tahu yang antara musuh dalam Fantastuc Four adalah Dorrek VII. Beliau adalah ketua makhluk asing Skrull, yang digelar sebagai Emperor Dorrek VII. Kemudian Disney ada mengumumkan siri TV Secret Invasion di mana memfokuskan watak Nick Fury dan Talos lakonan  Samuel L. Jackson dan Ben Mendelsohn. Siri TV ini dikatakan mengisahkan kedua-dua mereka ini menentang lebih banyak lagi Skrull yang nampaknya telah memasuki masyarakat manusia secara rahsia.

Skrull berpecah kepada dua puak, baik dan jahat. Penjahat MCU dikatakan adalah Emperor Dorrek VII dan menurut Illuminerdi Disney mempertimbangkan Gary Oldman untuk berlakon sebagai penjahat ini. Ini bukan pertama kali Disney melakukan strategi ini. Untuk Thor: Love and Thunder, Disney memilih pelakon Batman dalam francais Dark Knight iaitu Christian Bale untuk berlakon sebagai Gorr the God Butcher. Tetapi buat masa ini tiada pengesahan dari Gary Oldman lagi.

Siri TV ini boleh dijadikan antara siri yang memperkenalkan watak Fantastic Four masuk ke dalam dunia MCU. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini