Paul Rudd adalah pelakon bagi watak Scott Lang atau Ant-Man dalam filem Ant-Man. Filem Ant-Man adalah filem yang penting dalam MCU, lebih-lebih lagi selepas Ant-Man and the Wasp – di mana konsep rentas masa diperkenalkan. Konsep ini digunakan dalam Avengers: Endgame dan kini menjadi perkara penting dalam dunia MCU.

Dalam kedua-dua filem Ant-Man, Scott Lang mempunyai tiga orang sahabat iaitu Luis, Kurt dan Dave yang dilakonkan oleh Michael Peña, David Dastmalchian dan T.I.. Penampilan ketiga-tiga watak sampingan ini menambah elemen komedi atau lawak dungu dalam filem ini. Jenaka mereka juga menjadikan filem ini sedikit tenang daripada kekecohan yang berlaku.

Terkini, Dave lakonan penyanyi rap T.I. tidak lagi akan berlakon dalam francais filem ini. Ini bermakna, kita tidak akan melihat T.I. dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania. Antara sebab beliau tidak lagi akan terlibat dengan filem Disney/Marvel ini adalah baru-baru ini, T.I. dan isteri beliau Tiny Harris terlibat dengan kes jenayah membabitkan dadah, dera dan penculikan.

Tetapi menurut Variety, sumber mereka nyatakan T.I. memang tidak akan terlibat dengan filem ketiga sebelum kes ini bermula lagi. Jadi mungkin, sikap beliau telah disedari oleh wakil Disney dan mencadang untuk tidak menyertakan watak beliau lagi.

Sohor Kini