G.I. Joe adalah barisan figura aksi dari Hasbro bertemakan tentera di Amerika Syarikat. G.I Joe itu sendiri bermaksud askar/tentera. Populariti figura aksi ini menjadikan banyak animasi dihasilkan. Pada tahun 2009, filem aksi nyata pertama dihasilkan dengan judul G.I. Joe: The Rise of Cobra dan sekuel pada tahun 2013 G.I. Joe: Retaliation.
Filem terkini adalah filem sampingan memfokuskan watak Snake Eyes – Snake Eyes: G.I. Joe Origins yang mana Henry Golding dipilih sebagai pelakon untuk Snake Eyes. Terkini, terdapat satu lagi versi aksi nyata watak G.I. Joe akan dihasilkan untuk siaran di Amazon Prime Video.
Ia akan disampaikan dalam bentuk siri TV dan akan memfokuskan watak Lady Jaye. Filem ini akan dihasilkan oleh Paramount Television Studios, eOne, dan Skydance Television dan diketuai oleh Erik Oleson. Lorenzo DiBonaventura pula akan menjadi penerbit eksekutif.
Erik Oleson sebelum ini pernah menjadi penerbit eksekutif siri TV Marvel Netflix – Daredevil musim ketiga. Jadi, ada kemungkinan besar siri TV G.I. Joe: Lady Jaye ini akan mempunyai kualiti yang lebih kurang sama. Butiran lanjut masih tidak didedahkan lagi. Terus ikuti kami di Aksiz untuk berita lanjut di masa hadapan.