Star Wars: Bad Batch adalah siri animasi baharu Star Wars yang mana berkait dengan Star Wars: The Clone Wars. Selepas kejayaan siri animasi ini, Disney dan Lucasfilem bekerjasama untuk hadir dengan siri animasi sampingan siaran eksklusif Disney+.

Siri ini akan mengikuti kisah kelompok klon yang tidak baik (sebab itu Bad Batch), yang mana pernah diperkenalkan dalam The Clone Wars sebelum ini. Setiap klon-klon ini mempunyai skil hebat masing-masing yang unik dan menjadikan mereka sebagai individu yang hebat. Mereka akan mengembara ke seluruh galaksi yang sedang berubah akibat perang Clone War dan akan menempuh pelbagai misi sambil mencari tujuan hidup.

Laman web Star Wars mengumumkan yang siri ini akan disiarkan pada tarikh tidak lain dan tidak bukan – 4 Mei 2021. Ya, pada hari Star Wars May The Fourth (…be with you) – peminat boleh saksikan siri animasi ini.

Sohor Kini