Francais siri TV dunia Arrowverse boleh dikatakan berjaya. Ia membuatkan DC tidak mengalah dengan konsep rentas-dunia dan pelbagai perancangan telah diumumkan pada tahun lepas. Musim-musim baharu Black Lightning, Batwoman dan siri baharu Superman & Lois sudah pun disiarkan. Siri TV The Flash pula akan disiarkan pada 2 Mac ini.

Tetapi bagaimana dengan DC’s Legends of Tomorrow? TVLine mendedahkan yang musim keenam siri TV ini akan disiarkan pada 2 Mei akan datang.

Musim kelima tamat dengan watak Sara Lance diculik oleh makhluk asing. Pasukan ini pernah bertembung dengan makhluk Dominators dari siri Supergirl. Adakah makhluk yang sama atau lain? Apa yang pasti makhluk asing bukan penjenayah utama. Kerana siri ini sudah disahkan akan diteruskan dengan musim ke-7 – jadi mungkin ada misteri lain?

Siri TV ini juga akan disiarkan pada tarikh yang sama dengan episod baharu Batwoman.

Sohor Kini