Apa akan berlaku jika filem How To Train You Dragon bertemu Mulan, kemudian dicampur pula dengan Moana dan Frozen? Lahirlah filem animasi Raya and the Last Dragon.

Filem ini mengisahkan Raya dan seekor naga air legenda yang digelar Sisu. Di dunia filem ini, satu negara telah berpisah kepada puak-puak berbeza dan masing-masing ingin dapatkan Sisu untuk tujuan masing-masing. Tetapi Raya, hanya ingin satukan semua orang kembali dengan bantuan naga ini. Terkini, Disney telah berkongsi treler khas filem ini yang memfokuskan lagu tema utama – Lead The Way.

Video ini turut memperlihatkan serba sedikit kisah silam Raya dan bapa beliau. Raya dilihat memegang kata-kata akhir bapa beliau untuk terus memastikan semua orang kembali bersatu.

Sohor Kini