Filem Infernal Affairs mula ditayangkan pada tahun 1990 dan telah menjadi francais dengan dua lagi filem sekuel. Filem ini menyertakan pelakon Hong Kong hebat seperti Tony Leung dan Andy Lau. Kali terakhir kita lihat mereka bersama adalah filem Infernal Affairs 3 pada tahun 2003. Kini selepas berbelas tahun lamanya, mereka berdua akan kembali bergandung bahu untuk sebuah filem aksi baharu.
Filem ini adalah Goldfinger, yang mana berlaku di tahun 1980-an mengisahkan syarikat Jiali Group yang terlibat dengan pembunuhan, urus niaga yang tidak beretika, kejatuhan syarikat ini serta bagaimana ia mengambil masa 15 tahun untuk siasatan. Jika anda pernah dengan plot ini, usah risau – kerana ia adalah berdasarkan perkara yang benar-benar berlaku iaitu Kes Carrian.
Kes Carrian membabitkan syarikat hartanah Carrian Group yang secara tiba-tiba mengaut keuntungan secara misteri. Syarikat ini turut bekerjasama dengan BBMB, iaitu Bank Bumiputra Malaysia Berhad – di mana selepas mereka sedari ada masalah seorang akauntan telah dihantar ke Hong Kong. Akauntan ini telah dibunuh, Carrian Group kemudian terlibat dengan kes bunuh diri, skim penipuan, dan banyak lagi.
Syarikat ini kerugian sebanyak $1.2 bilion, dan selepas berbelas tahun dalam siasatan – kes ini masih belum diselesaikan kerana banyak misteri yang tidak berjaya dirungkai. Bagi yang tidak tahu, BBMB kini dikenali sebagai CIMB.
Filem ini diarahkan oleh Felix Chong, dan skrip ditulis oleh Emperor Motion Pictures. Senarai pelakon lain adalah Simon Yam, Philip Keung, Alex Fong Chung-sun, Charlene Choi, Chin Ka-lok dan juga Carlos Chan.