The Trial of the Chicago 7 adalah filem berdasarkan kisah benar yang bertempatkan pada tahun 1968 dan dibintangi oleh barisan pelakon yang terkenal seperti Sacha Baron Cohen, Joseph Gordon Levitt dan Eddie Redmayne. Filem ini diarahkan oleh oleh Aaron Sorkin. Ia berdasarkan saat rusuhan anti peperangan Vietnam yang berlangsung pada tahun 1968.
Menceritakan bagaimana tujuh individu, dituduh menyebabkan rusuhan tersebut berlaku. Fokus filem ini adalah bagaimana ketujuh-tujuh individu ini mempertahankan diri bersama peguam mereka di dalam mahkamah dan pada masa yang sama filem ini sememangnya sangat dekat dengan dunia realiti sekarang terutamanya berkenaan isu politik dan korupsi negara.
Terkini, sempena menyambut ulang tahun ke-51 perbicaraan mahkamah yang mencipta sejarah ini – Netflix menawarkan tontonan percuma filem The Trial of the Chicago 7. Filem ini boleh distrim di saluran YouTube Netflix bermula hari ini 19 Februari 2021, 4 petang.
Kami turut memilih filem ini sebagai 5 filem menarik tahun 2020.