Tahukah anda yang menurut satu analisa, kanak-kanak banyak menghabiskan masa di skrin peranti untuk menstrim video melalui YouTube dan Netflix. Netflix adalah platform penstriman yang besar, menawarkan pelbagai kandungan kanak-kanak seperti animasi, siri TV atau filem yang bersesuaian.

Disebabkan itu Disney+ boleh menerima ramai pelanggan dalam tempoh yang singkat, dengan PKP ramai kanak-kanak berada di rumah dan platform ini yang mempunyai banyak kandungan Pixar, animasi/filem Disney – jadi ia dilanggan oleh para ibu bapa.

Terkini, HBO Max ingin bersaing dengan lebih sengit bersama Netflix atau Disney+. Pihak Warner Media mengumumkan strategi Redraw Your World, di manan 3000 jam kandungan seperti siri animasi, siri TV, filem khusus kanak-kanak akan ditawarkan. Mereka akan memfokuskan kepada jenama Cartoon Network untuk merealisasikan strategi ini.

Antara rancangan yang akan ditawarkan adalah siri animasi khas Ben 10, siri baharu Craig of the Creek, Gremlins musm kedua, filem The Amazing World of Gumball, Family Mash-Up siri muzikal seakan Pitch Perfect dengan inspirasi The Brady Bunch,siri sampingan Teen Titans Go! – Teen Titans Go! The Night Begins to Shine, dan banyak lagi.

Penawaran ini akan bermula pada April 2021. Buat masa ini, ia terhad di Amerika Syarikat sahaja. Pengguna di Malaysia terhad dengan HBO GO sahaja.

Sohor Kini