Pada tahun 1978, terdapat satu filem aksi nyata Superman ditayangkan yang diarahkan oleh Richard Donner. Ketika ini, Superman dilakonkan oleh Christopher Reeve dan diteruskan dengan filem Superman 2 pada tahun 1980. Pesaing Superman, iaitu Batman turut mempunyai francais filem pada tahun 80-an iaitu Batman pada 1989, Batman Returns pada 1992 dan Batman Forever pada tahun 1995. Filem Batman ini diarahkan oleh Tim Burton dan watak Batman dilakonkan oleh Michael Keaton.

Terkini, DC ingin teruskan kedua-dua cerita Superman dan Batman ini melalui sekuel. Tetapi, ia akan disampaikan melalui komik dengan rekaan watak yang lebih kurang sama dengan pelakon asal. Komik ini adalah Batman 89 dan Superman 78. Ini adalah strategi yang sama dilakukan pada Wonder Woman ’77 dan Batman ’66 beberapa tahun lepas.

Untuk Superman 78, ia berlaku di garis masa di mana Lois Lane masih tidak tahu yang Clark Kent dan Superman adalah orang yang sama. Apa yang pasti, seni bagi komik ini akan dihasilkan oleh Wilfredo Torres iaitu individu yang sama terlibat dengan Batman 66.

Untuk Batman 89, ia akan berlaku selepas filem Batman Returns. Sam Hamm iaitu penulis francais filem Batman Tim Burton akan menjadi penulis komik ini. Komik ini turut akan mengembalikan Catwoman versi Michelle Pfeiffer, Two-Face versi Billy Dee Williams dan Robin versi Marlon Wayan yang tidak direalisasikan akan digunakan dalam komik ini. Joe Quinones akan menjadi pereka grafik bagi komik ini.

Komik ini akan dilancarkan pada 27 Julai 2021 dan akan diteruskan secara mingguan selama enam minggu.

Sohor Kini