Orang atasan Disney boleh dikatakan agak sensitif. Ini semua kerana perniagaan dan politik. Lihat sahaja apa yang berlaku pada James Gunn, ciapan Twitter yang berzaman lamanya diungkit kembali dan beliau terus dipecat. Selepas peminat ramai marah akan hal ini, James Gunn dilantik semula menjadi pengarah francais filem Guardians of the Galaxy.

Terkini, nasib yang sama berlaku pada Gina Carano – iaitu pelakon watak Cara Dune dalam siri TV The Mandalorian di Disney+. Disebabkan satu ciapan yang dianggap sensitif, beliau telah dipecat dari siri TV ini selepas berjaya memainkan watak ini untuk dua musim. Beliau sudah pun diberi amaran mengenai sikap beliau di media sosial. Tetapi, Gina tetap berdegil dan masih berkongsi perkara yang sensitif bagi sesetengah golongan.

Pada awalnya, watak Cara Dune ini mungkin akan digantikan dengan pelakon lain kerana beliau dilaporkan akan terlibat dengan siri TV Star Wars: Rangers of the New Republic. Ini adalah siri TV baharu dunia Star Wars untuk Disney+ juga yang merupakan rentas-siri antara The MandalorianThe Book of Boba Fett, dan Star Wars: Ahsoka. Tetapi The Hollywood Reporter melaporkan yang watak ini akan terus dihentikan dan tiada pelakon lain akan menggantikannya.

Sohor Kini