Selepas siri filem Marvel Cinematic Universe, Disney kini tampil dengan siri televisyen berdasarkan dunia tersebut, bermula dengan WandaVision yang kini sedang ditayangkan di platform penstriman Disney+.

Keunikan WandaVision ialah ia menggabungkan gaya pemfileman dari era 1950-an hinggalah ke 1990-an, dan pada masa yang sama mengekalkan efek sinematik moden yang cukup dikenali melalui siri filem Marel Cinematic Universe.

Terkini, Disney+ mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri dokumentari Marvel Studios Assembled, dimana adegan-adegan disebalik tabir akan diperlihatkan, dan penerangan mengenai bagaimana setiap episod dirakam akan diberikan oleh pelbagai ahli set penggambaran.

Siri pertama yang akan diperlihatkan adalah mengenai WandaVision, dan selepas siri-siri televisyen lain seperti Falcon & Winter Soldier, Loki, Hawkeye dan sebagainya ditayangkan, siri-siri televisyen tersebut turut akan menerima siri dokumentari sebalik tabir Assembled mereka sendiri.

Buat masa ini, siri dokumentari untuk WandaVision dilaporkan akan ditayangkan di Disney+ pada 12 Mac kelak.

Sohor Kini