Anda pasti mengenali permainan Defense of The Ancients 2 ataupun DoTA 2 sebeagai permainan MOBA dan e-sukan yang cukup popular sekali. Netflix hari ini hadir dengan berita mengejutkan bahawa siri anime berdasarkan permainan tersebut akan tiba tidak lama lagi.
Dinamakan DoTA: Dragon Blood, siri anime ini hadir dengan watak Davion, ataupun Davion dan Mirana sebagai watak-watak utama dalam penceritaan klasik kebaikan menentang kejahatan.
Siri anime ini akan hadir dengan 8 episod yang diarahkan oleh Ashley Edward Miller dan dianimasikan oleh Studio MIR, studio sama yang betanggungjawab untuk Avatar: Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.
Menurut video acah yang ditayangkan oleh Netflix, siri anime DoTA: Dragon Blood ini akan tiba di platform penstriman video tersebut pada 25 Mac ini.